Tuesday 20 November 2012

SYAIR


Definisi 

Syair ialah jenis puisi melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandung 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud.  Keempat-empat baris itu  pula berirama sama.
Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat. Sindiran , nasihat, pengajaran, agama dan juga berasakan sejarah atau dongeng.

Ciri-ciri bentuk Syair

  • Merupakan puisi terikat.
  • Rangkap : jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau     maksud atau isi cerita syair itu.  Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun.  
  • Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut.
  • Perkataan :  bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris
  • Sukukata :  Bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata dalam sebaris
  • Rima:  Rima  akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a




SYAIR ANAK MERDEKA

Lima puluh tahun negara merdeka
Masa yang lalu dingat sentiasa
Susah derita pejuang bangsa
Menentang penjajah tak kita masa.

Masih kuingat ketika dulu
Bendera berkibar di tangan tuanku
Laungan keramat menusuk di kalbu
Itulah bukti merdeka negaraku.

Tidak sedikit pejuang yang gugur
Berani mereka di medan tempur
Rela berkorban bakti nan luhur
Tersebut namamu terkenal masyhur.

Mereka berjuang kerana bangsa
Semangat tak luntur jiwa perkasa
Jasa pejuang diingat sentiasa
Kita hargai sepanjang masa.

Apa ertinya kita merdeka
Jika fikiran sentiasa leka
Lebih sedihnya ada derhaka
Budaya penjajah itu yang disuka.

Merdeka kita merdeka di minda
Pentingkan ilmu bukannya benda
Tingkatkan usaha berlipat ganda
Kukuhkah iman di dalam dada.

Ingat pesanku anak merdeka
Janganlah alpa janganlah leka
Pertahankan negara sekalipun terluka
Jangan terjajah kali kedua.

Bukti merdeka di tangan kita
Berusaha gigih majukan negara
Tidak mengharap ehsan semata
Membangun dalam acuan kita.

Tingkatkan ilmu dan juga agama
Iman dan amal usahakan bersama
Merdeka kita lebih bermakna
Pertahankan ia selama-lama.


SUMBER: http://anjungpuisi.blogspot.com/2009/12/syair-anak-merdeka.html

1 comment:

  1. satu maklumat yang berguna untuk dipelajari dan dihayati.

    ReplyDelete