Friday, 2 November 2012

KATA HUBUNG

Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan untuk membentuk ayat majmuk. Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.


  1. Kata hubung gabungan


Mengubungkan klausa-klusa yang sama tarafnya
Contoh kata: dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
Contoh ayat:


i.        Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.

ii.        ``Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.

iii.       Dia mengelak, lantas menikam.

2. Kata hubung pancangan


 Pancangan relatif


-menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.

Contoh:

i. Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.

ii. Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.

iii. Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.


Pancangan komplemen


-Menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Kompelen bermaksud pelengkap).
-Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama.
-Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.

i. Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.

ii. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.

iii. Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.



Pancangan keterangan


-Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama.

-Kata hubung itu ialah:
kerana, agar,
meskipun, sekiranya, semoga, supaya,
kalau, andaikata,
kendatipun,
hingga,
 jika, jikalau,
semasa,
sementara,
setelah, sewaktu, sekiranya,
ketika, tatkala,
walaupun, dan sesungguhnya.

i. Mereka tidak dibenarkan masuk ke stadium kerana tidak memiliki tiket yang sah.





Tuesday, 30 October 2012

PANTUN

Menjemput atok pergi ke Tutong,
Membawa ke laut mencari sotong,
Berniaga itu biarlah untung,
Wangnya simpan didalam tabung.

Parang tajam tidak berhulu,
Buat menetak si pokok ru,
Belajar itu biarlah berilmu,
Jangan engkar cakap guru.

Pakai baju warna biru,
Pergi sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.

Daun dedap di atas dalang,
Anak udang mati dituba,
Dalam kitab ada dilarang,
Perbuataan haram jangan dicuba.

Sungguh indah pintu pahat,
Burung puyon di atas dahan,
Kalau hendak hidup selamat,
Taat selalu perintah tuhan.

Belatuk di atas dahan,
Terbang derai ke lain pokok,
Hidup mati di tangan tuhan,
Kepada Allah kita bermohon.


SALAM UKHWAH PEMBUKA BICARA.


KEPADA SEMUA YANG MEMBACA, SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA YANG TAK SEBERAPA INI. BLOG INI DIBANGUNKAN ATAS PERKONGSIAN ILMU DAN PEMBELAJARAN YANG MEMBERIKAN IMPAK YANG POSITIF KEPADA SEMUA. DIHARAPKAN DENGAN TERBINANYA BLOG INI SEGALA ILMU YANG BAIK DAPAT DISEBARKAN. SEGALA KESILAPAN DAN KEKHILAFAN HARAP DIMAAFKAN. SELAMAT MEMBACA UNTUK SEMUA.